Kelayakan Golf di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Kelayakan berdasarkan ranking dunia setakat 21 Jun 2021 (lelaki) dan 28 Jun 2021 (wanita), dengan seramai 60 orang pemain layak dalam setiap acara lelaki dan wanita.15 pemain terbaik setiap acara layak, dengan had empat orang pemain bagi setiap negara. Tempat yang selebihnya menjadi milik pemain yang terbaik di negara yang belum mempunyai pemain yang layak. IGF juga menjamin bahawa sekurang-kurangnya seorang pemain dari negara tuan rumah dan dari setiap benua akan layak. IGF menyiarkan senarai kelayakan secara mingguan berdasarkan kedudukan semasa untuk acara lelaki dan wanita.[2]